Saturday, 10 March 2012

Entri Ketujuh


~Bahasa yang tidak standard digunakan dalam bidang pengacaraan~


Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. 

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.





                   >contoh penggunaan bahasa Melayu tinggi dalam bidang pengacaraan<


Penggunaan bahasa Melayu baku merupakan salah satu aspek yang perlu ditekankan dalam bidang pengacaraan kerana melalui bidang ini ianya dapat membantu masyarakat di luar sana untuk turut serta menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang boleh merosakkan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. 


Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, dan tahu masa yang sesuai untuk menggunakan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema. Kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya masalah seperti initidak timbul. 




Entri Keenam


Bahasa Slanga


Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

Pada hari ni penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.

Melalui ruangan 'chatting' dalam internet pula pelbagai bentuk slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (daripada apa khabar), askum (assalamualaikum), saya menjadi sayer, mana menjadi maner dan banyak lagi. 

Penggunaan bahasa slanga jika tidak dipantau dibimbangi akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu hari ini, lebih-lebih lagi dengan kedudukan bahasa kita yang seolah-olah makin tiada tempat lagi di negara sendiri.


Contoh penggunaan bahasa slanga dan percampuran koda bahasa.

Bahasa slanga yang digunakan tidak dapat difahami oleh masyarakat yang tidak terlibat dalam kelompok mereka yang menggunakan bahasa slanga. sebagai contoh "dy". Adakah perkataan "dy" ini merujuk kepada kata sendi?. Pada pandangan saya, perkataan yang digunakan sangat ringkas dan jauh berbeza dengan ejaan perkataan asal. Jika difami dengan lebih jelas maksud sebenar ayat yang ingin dinyatakan, kita dapat meneka  perkataan "dy" yang digunakan iaitu merujuk kepada KGND iaitu "dia"


Thursday, 8 March 2012



Entri Kelima


Bahasa Rojak


Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita. Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri, dan bagaimana kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita

Namun, apabila menggunakan bahasa Melayu, kita mungkin mendapati ada penutur bahasa Melayu yang tidak menyedari hakikat ini. Kita mendengar penutur bahasa Melayu menggunakan bahasa yang rendah. Bahasanya bercampur aduk, iaitu bahasa Melayu dengan Inggeris. Percampuran itu dilakukan pada setiap peringkat penguasaan bahasa. Fenomena ini ada kaitan dengan konsep diri penutur bahasa Melayu. 




CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
contoh penggunaan bahasa ringkas dalam sistem pesanan ringkas (sms)

Pada pandangan saya selaku rakyat Malaysia yang memiliki bahasa sendiri iatu bahasa Melayu, seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik mungkin demi memartabatkan bahasa sendiri sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia semasa zaman Melaka iaitu bahasa yang terpenting pada masa tersebut yang turut digelar sebagai Lingua Franca. Jika kita sebgai rakyat Malaysia tidak menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin, siapa yang akan memartabatkan bahasa kita?
~Tepuk dada tanyalah selera~


Entri Keempat

Percampuran kod dalam bahasa boleh berlaku apabila seseorang itu mengetahui dan menguasai lebih daripada satu bahasa. Jika sipenutur dapat menguasai sepenuhnya antara dua bahasa tersebut ia dikenali sebagai ambilingual. Pengetahuan tentang kedua-dua bahasa itu tidak sama baik pula  dipanggil dwibahasaan.

Dalam membincangkan percampuran kod kita tidak boleh lari daripada istilah-istilah berikut: penukaran kod (code-switching), perubahan kod (code alternation), percampuran bahasa (language mixing), dan kadang-kadang perpindahan kod (code-shifting). Istilah-istilah ini muncul secara tekal dalam perpustakaan professional dan para sarjana jarang bersetuju mana yang harus digunakan dan pada waktu bila.

Semua istilah tersebut merujuk kepada hakikat bahasa sesetengah penutur yang mahir dalam dua ataupun lebih banyak bahasa menggabungkan kemahiran dwibahasaan atau multilingual itu dalam penuturan mereka sehinggakan bahasa pertama (B1), biasanya bahasa ibunda penutur dan bahasa kedua (B2) biasanya bahasa yang diperolehi ketika remaja atau dewasa berkongsi tanggungjawab untuk menyampaikan mesej, terutamanya dalam perhubungan tidak rasmi (tidak formal).

Di Malaysia, bahasa Inggeris dipelajari di sekolah-sekolah dan mereka yang boleh berbahasa Inggeris dianggap satu kelebihan. Oleh itu ada penutur  yang mencampuradukkan bahasa (percampuran kod) Melayu dan Inggeris atas alasan menunjukkan kecekapan walaupun sedar tentang ketidakseimbangan linguistiknya. Di bawah ini diberikan contoh dialog yang mengandungi percampuran kod.

A:
You bersetuju dengan pendapat kalau women work, banyak masalah sosial yang akan timbul.
B:
That is a good point. But then orang tua pun banyak menimbulkan  masalah sosial, bukan kanak-kanak saja.

Pada pandangan saya percampuran kod bahasa ialah fenomena biasa bagi semua masyarakat di dunia.  Penutur yang boleh berbahasa lebih daripada satu, tidak kira bahasa utama atau dialek-dialek daerah secara sedar atau tidak akan mencampurkan bahasa-bahasa yang diketahuinya mengikut situasi semasa. Ia kadang kala menambah-mesra perhubungan antara satu sama lain, apabila percampuran bahasa digunakan.









Wednesday, 7 March 2012

Entri Ketiga


~Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa~

Semasa seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, kata sapaan yang digunakan atau pemilihan kata ditentukan oleh bebrapa faktor antaranya umur, faktor peribadi,dan juga status.

Bentuk kata sapaan:

1) sapaan kata ganti nama diri pertama(KGND1)

Kata ganti nama diri
Bahasa santun
Bahasa kasar
Pertama
Saya,kami

Engkau,kamu
Kedua
Anda,awak
Ketiga
beliau

Contoh situasi:

Remaja: Pak cik, aku nak pergi ke stesen kereta api..
Pemandu Teksi: RM 5.00 ringgit sahaja.

Situasi di atas menunjukkan penggunaan KGND oleh remaja tersebut tergolong dalam bahasa kasar dan tidak sesuai digunakan atas faktor usia. KGND yang sesuai ialah saya dan bukannya aku.

Monday, 5 March 2012


Entri Kedua
~Yang Indah Itu Bahasa~
Bersopan santun dalam berbicara di kalangan remaja merupakan aspek yang menarik untuk dikaji dari pelbagai perspektif. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi.
Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya. Melalui bahasa, kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita.
Dengan bahasa juga konflik boleh tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu yang baik mahupun sebaliknya.
Islam sentiasa menganjurkan umatnya berlemah lembut dalam berbicara, baik dalam tutur bahasa dan juga nada. Pertuturan yang baik adalah cerminan hati yang bersih, tulus dan tenang. Pertuturan yang baik juga menggambarkan ketinggian akhlak yang dimiliki.
>Contoh penggunaan:
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member.

Entri pertama....=)

Kehidupan berbahasa memaparkan segala jenis bahasa dan dialek yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia...

Babak 1:
Dialek Kelantan:
wei gilo!!hahha...lamo la tak napok mu...sihat ko?
Wei gila!haha..lama la tak nampak kamu...sihat ke?)

Dalam percakapan yang dilontarkan oleh lelaki tersebut pada pandangan saya sebagai orang kelantan yang sudah biasa dalam dialek kelantan boleh menganggap perkara tersebut seperti biasa dan salah satu bentuk penyoalan yang boleh memperlihatkan kemesraan di antara lelaki tersebut dengan sahabatnya.

Namun, jika dialog di atas berlaku di hadapan orang yang status sosialnya berlainan, mungkin mereka akan menganggap bahawa dialog yang diutarakan oleh lelaki tersebut sangat kasar dan tidak sesuai untuk digunakan.

Dalam hal ini, perbezaan status sosial dapat dilihat jika membandingkan cara percakapan masyarakat yang terdapat di Malaysia kerana terlalu banyak dialek-dialek yang mempunyai cara penyampaian yang sangat berlainan antara satu sama lain.

Menyapa dengan memberi salam adalah lebih baik di samping dapat menunjukkan kesantunan dalam berbahasa...=)