Thursday 23 February 2012

Tanggal 20/2/2012
Pada hari pertama kuliah berjalan, pensyarah (Pn. Husna Faredza) bagi kursus Sosiolinguistik telah mengarahkan kami untuk menghasilkan sebuah blog (diari harian) yang berkaitan dengan tajuk kursus yang akan kami semua belajar iaitu berkaitan penggunaan bahasa dalam kelompok sosial (peristiwa berkaitan sosiolinguistik) atau untuk lebih mudah difahami bahasa yang digunakan oleh kita semua pada setiap hari. Kami ditugaskan untuk mencatat peristiwa yang berlaku berkaitan penggunaan bahasa dalam masyarakat.