Tuesday, 29 May 2012


Sosiolinguistik Bahasa







Mikrososiolinguistik
      Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka.
Perancangan bahasa
      Perancangan Status
      Perancangan menetapkan bahasa kebangsaan, bahasa kedua, bahasa rasmi, bahasa pengantar.
      Perancangan Korpus
      Pemilihan tulisan seperti Akta Bahasa 1963 menetapkan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi  bahasa Melayu.
Dasar Bahasa
      Bersifat kebangsaan.
      Melibatkan semua warganegara dan bukan warganegara.
      Umpamanya dasar bahasa kebangsaan mewajibkan semua pihak menggunakan bahasa kebangsaan dalam acara rasmi negara.
      Setia bahasa :
      sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa.
      Yakin terhadap kemampuan bahasa berkenaan sebagai alat pemikiran & alat komunikasi
(Asmah Hj. Omar, 2002:62)
Bahasa Pijin
¡  Bahasa Melayu pasar, Melanesian Pidgin English di Papua New Guinea, Pidgin English di Afrika, Hong Kong dsb.
Bahasa Kreol
¡  Bahasa pijin yang sudah menjadi bahas ibunda seseorang.
Kreol Kristaung di Melaka yg berasaskan bahasa Portugis,
Haitian Creole dr bhs Perancis.
Bahasa Inklusif
      Bahasa yg ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yg sedia ada.
      Bahas ini ada sifat dan ciri yang tinggi , unggul mengatasi bahasa-bahasa lain yang ada dalam sesebuah negara tersebut.
Bahasa Rasmi
      Digunakan untuk urusan pentadbiran dan rasmi dalam sesebuah negara.
Bahasa Koine
      Sama degan lingua franca iaitu bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam satu wilayah atau daerah. Meliputi kebudayaan dan dialek di daerah tersebut




Sunday, 6 May 2012


Entri ke -42
Bahasa Menarik Hati tertambat


Sekiranya kita menulis buku bahasa Melayu dan untuk dipasarkan di negara kita, bahasa yang akan dan sepatutnya digunakan ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari segi penggunaan judulnya.

Hal yang sama juga sepatutnya dilakukan dalam pembikinan filem Melayu. Penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, terutamanya penggunaan bahasa Inggeris perlulah dielakkan. Bentuk penggunaan bahasa yang dikenali sebagai bahasa rojak ini semakin hari semakin ketara, kononnya atas alasan ingin menggambarkan realiti masyarakat di luar filem.

Lebih parah lagi, untuk melihat penggunaan bahasa yang “sembarangan”, kita tidak perlu bersusah payah menonton filem kerana boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan judulnya. Ada sesetengah filem yang sememangnya menggunakan bahasa Melayu, tetapi judulnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Misalnya, Senario The Movie, Remp-it, Kami The Movie, Antoo Fighter, dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

senario-the-movie2

Penggunaan judul: Apakah bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan di atas?

Dari Senario The Movie. Episode 2. Beach Boys kepada Filem Senario. Episod ke-2. Budak Pantai. Apa jawapan anda?
Selain bahasa rojak, dalam filem Melayu juga ada kecenderungan penggunaan dialek. Walau bagaimanapun, cara tersebut tidak salah selagi sesuai dengan watak dan konteks penggunaannya. Penggunaannya jauh lebih baik daripada bahasa rojak dan slanga, dan masih boleh diterima kerana dialek adalah sebahagian daripada bahasa kita. Melalui penonjolan pengunaan dialek dalam filem, kita dapat memperkenalkan kekayaan bahasa kita kepada khalayak penonton. 

Untuk mengatasi masalah pencemaran bahasa dalam filem Melayu, pihak yang terlibat dalam industri perfileman perlu kembali kepada nilai budaya tempatan dan kembali mengutamakan pengunaan bahasa Melayu yang berkualiti kerana “bahasa menunjukkan bangsa” dan filem pula merupakan “cerminan bangsa”.

Sebagai antara wahana hiburan yang kuat pengaruhnya dan mampu menyampaikan sesuatu mesej secara berkesan, yang ditonjolkan melalui filem, biarlah sesuatu yang baik dan dapat diteladani, termasuklah dari segi penggunaan bahasanya. 

Perkara yang sama juga berlaku dalam iklan-iklan di kaca TV, di mana penggunaan bahasa rojak amat berleluasa. Sikap yang tidak mementingkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dan bahasa kebangsaan negara ini patut diambil serius. Dengan bahasa yang menarik, pasti penonton juga akan tertarik.






Entri ke- 41


Bahasa Wanita


Menurut Trudgill (1984), penggunaan bahasa ada kaitan dengan identiti seseorang. Waanita menggunakan jenis bahasa yang khusus bagi mengidentifikasikan dir seseorang itu sebagai wanita dan berkelakuan sebagai wanita. Apabila menyentuh tentang perempuan, ada kalangan yang menyatakan bahawa golongan ini hanya tahu mengumpat dan berbicara mengenaik hal-hal yang berkaitan dengan pakaian dan alat solek semata-mata. Bermula dengan topik sosial sehinggalah ke topik yang berkaitan dengan politk, kesemuanya tidak dapat melarikan diri dari ruang lingkup perempuan. Di sebalik pandangan khalayak terhadap nilai perempuan itu sendiri, tanpa disedari perempuan juga menjadi bahan kajian, antaranya ialah bahasa perempuan.

Cara perempuan berbahasa dan menggunakan bahasa adalah bergantung kepada situasi atau konteks perbualan. Bahasa wanita dicirikan oleh bahasa hormat yang berlebihan, membesar-besarkan, berlapik-lapik dan rentetan yang tidak logikal. Perempuan juga dilihat lebih banyak menggunakan lebih banyak perkataan seperti kata penguat, kata emosi, dan soalan termasuk soalan di hujung pertanyaan seperti tak?, bukan?, kan?. Wanita cenderung menggunakan bahasa berlapik-lapik untuk menunjukkan rasa simpati dan kemesraan ketika bercakap. Wanita juga banyak menggunakan kata penambahan untuk menunjukkan penegasan seperti ya..kah?, ya...kan?, betul...tak?, kan...kan...,saya rasa..., dan lain-lain lagi.

Kebanyakan wanita memilih untuk berbahasa lebih halus dan sopan merupakan gejala sejagat dan terdapat dalam hampir semua bahasa di dunia. Tetapi sayangnya pabila wanita berbahasa sopan, akan timbul satu kenyataan bahawa wanita ini adalah lemah tetapi jika wanita menggunakan bahasa yang tegas pula akan dianggap sebagai tidak sopan ataupun kasar.

Friday, 4 May 2012

Entri ke -40

Sosiolinguistik bahasa

Sepanjang 10 minggu saya belajar subjek sosiolinguistik, banyak ilmu yang bermanfaat saya perolehi dan banyak juga pengetahuan-pengetahuan baru yang saya dapat antaranya berkaitan dengan bahasa dan juga ilmu berkaitan dengan sahsiah sebagai seorang pelajar. Penggunaan bahasa ini dapat dikaitkan dengan budaya sesorang dan juga faktor sosial. Kenapa saya berkata demikian?. Hal ini kerana melalui faktor budayalah wujudnya bahasa dan melalui faktor sosial jugalah yang mewujudkan bahasa-bahasa baru antaranya bahasa pasar dan bahasa santun. Mungkin pada pandangan kita faktor sosial tidak mempengaruhi dalam penggunaan bahasa namun, pemikiran sebegitu sebenarnya salah kerana melalui faktor sosial kita boleh mempelbagaikan penggunaan laras bahasa dan juga kesantunan dalam berbahasa. 

Oleh sebab itu, penggunaan bahasa yang tepat sangat dititikberatkan ketika majlis-majlis formal berlangsung, tetapi budaya menggunakan bahasa yang sopan, betul dari segi penggunaan kosa kata, dan juga tepat dalam penggunaan laras bahasa juga perlu dilatih walalupun bukan dalam keadaan formal. Hal ini kerana, melalui latihan seperti ini akan meningkatkan pengetahuan bahasa dan juga kemampuan berbahasa seseorang indivu seterusnya dapat memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Saya akhiri entri ini dengan memberi peluang kepada anda semua untuk melihat hasil lakonan kumpulan saya yang berkaitan dengan kesantunan tidak berbahasa. Video ini dirakam khas untuk tugasan sosiolinguistik dan hasilnya telah dipersembahkan kepada pensyarah dan juga rakan sekuliah yang lain. Diharapkan dengan tayangan video tersebut, kita dapat menilai tentang penggunaan bahasa santun dan tidak santun dalam kehidupan seharian kita. Semoga kita semua dapat memperbaiki kesalahan dalam penggunaan bahasa agar ianya lebih tepat dan lebih santun. Generasi terdahulu ialah pendaulat bahasa, generasi sekarang pula ialah pengukuh bahasa!. Sama-samalah kita renungkannya.

Selamat menonton video daripada kumpulan kami
Kesantunan Tidak Berbahasa.




Thursday, 3 May 2012

Entri ke- 39


Salah guna dialek dalam situasi formal.

Seseorang guru itu juga perlu menggunakan kosa kata yang standard meskipun guru tersebut telah sering menggunakan kosa kata lain dalam dialek negerinya. Dalam dialek Kedah misalnya perkataan ‘mangli’ digunakan untuk maksud ‘lali’, ‘roti’ untuk maksud ‘biskut’, perkataan ‘awat’ untuk kata tanya mengapa atau kenapa, ‘pi’ untuk maksud ‘pergi’ dan banyak lagi. Selain itu dari segi penggunaan kata ganti nama diri juga turut menimbulkan kekeliruan. Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) dan hang (dialek utara bermaksud kamu).

Semasa melakukan pengajaran Makroteaching di dalam kelas Pengajaran Teknologi dan Penaksiran, kami dilatih oleh pensyarah agar menggunakan bahasa yang betul semasa melakukan latihan pengajaran. Kami sering ditegur jika melakukan kesilapan dalam berbahasa semasa mengajar. Antara kesilapan bahasa yang sering kali dilakukan oleh pelajar adalah seperti penggunaan perkataan ‘kat’ ( dekat ), ‘nak’ ( hendak ), ‘ok’, dan ‘korang’ (kamu ). Pensyarah mengajar kami menggunakan perkataan yang betul agar kami dapat menggunakan bahasa yang betul apabila menjadi guru kelak. Malah, beliau juga akan menegur pelajar jika pelajar sering menyelitkan ‘dialek’ semasa melakukan pengajaran. Beliau amat melarang pelajarnya menggunakan dialek semasa mengajar sama ada di dalam kelas atau apabila menjadi guru kelak. Hal ini akan menjadi kebiasaan jika kita tidak menegurnya daripada awal. 

Selain itu, seorang guru perlu mengelakkan dirinya daripada menggunakan dialek semasa mengajar, seboleh-bolehnya beliau juga perlu bijak membezakan penggunaan bahasa berdasarkan konteks juga. Berdasarkan konteks yang umum pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Sebaik-baiknya seorang guru apabila berhadapan dengan anak muridnya perlu mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa yang tidak formal.

Teguran adalah salah satu cara yang sepatutnya dilakukan oleh masyarakat  pada masa kini bagi mengatasi masalah penyalahgunaan bahasa semasa berkomunikasi. Dengan teguran yang betul, seseorang akan dapat menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. Namun, orang yang menegurnya perlu bijak menggunakan perkataan semasa menegur agar tidak berlaku salah faham atau kadang kala boleh mencetuskan pergaduhan terutama sekali yang melibatkan dialek negeri mereka. Perkara ini sangat sensitif jika salah cara menegurnya.


Contoh situasi yang digambarkan.






Wednesday, 2 May 2012

Entri ke- 38


Lagu kita atau lagu mereka?



Pernahkah anda mendengar bangsa lain menyanyi lagu bangsa kita?. Mendengar mereka menyanyi dalam bahasa Melayu dengan fasih dan lancar?. Di sini saya ingin kongsikan beberapa video lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang dinyanyikan oleh Raymond Crooke yang berbangsa asing . Saya amat  terkejut melihat video tersebut kerana beliau tidak kekok menyanyi lagu yang ditulis dalam bahasa Melayu di samping suaranya yang merdu. Beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan baik sekali dan keadaan ini mengudang satu persoalan dalam minda saya. Adakah masyarakat Melayu tidak mempunyai semangat seperti orang luar?sedangkan kita merupakan bangsa yang berhak ke atas lagu-lagu tersebut. Masyarakat kita pada masa sekarang lebih mengagung-agungkan lagu daripada penyanyi luar negara yang menggunakan bahasa penjajah. Tidak sayangkah kita kepada bahasa kebangsaan kita sehinggakan orang luar boleh menonjolkan diri mereka melalui penggunaan lagu yang menggunakan bahasa Melayu.

 

~lagu renjis-renjis di pilis~

~tiada kata secantik bahasa~

Saya sedikit terkilan kerana di negara sendiri, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dipinggirkan.Kebanyakan antara kita menganggap bertutur Bahasa Melayu tidak mempunyai standart berbanding bahasa luar terutamanya Bahasa Inggeris. Kita harus berasa malu kerana orang luar sendiri cuba memberi penghormatan dan mengiktiraf bahasa kita melalui lagu-lagu klasik yang boleh dianggap sebagai salah satu aset negaraPersoalan saya, adakan kita  menghormati bahasa kita?apakah yang kita lakukan untuk memartabatkan bahasa kita?tepuk dada tanyalah selera.