Salah guna dialek dalam situasi formal.
Seseorang guru itu juga perlu menggunakan kosa kata yang
standard meskipun guru tersebut telah sering menggunakan kosa kata lain dalam
dialek negerinya. Dalam dialek Kedah misalnya perkataan ‘mangli’ digunakan
untuk maksud ‘lali’, ‘roti’ untuk maksud ‘biskut’, perkataan ‘awat’ untuk kata
tanya mengapa atau kenapa, ‘pi’ untuk maksud ‘pergi’ dan banyak lagi. Selain
itu dari segi penggunaan kata ganti nama diri juga turut menimbulkan
kekeliruan. Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) dan hang (dialek utara
bermaksud kamu).
Semasa
melakukan pengajaran Makroteaching di dalam kelas Pengajaran
Teknologi dan Penaksiran, kami dilatih oleh pensyarah agar menggunakan bahasa
yang betul semasa melakukan latihan pengajaran. Kami sering ditegur jika
melakukan kesilapan dalam berbahasa semasa mengajar. Antara kesilapan bahasa yang
sering kali dilakukan oleh pelajar adalah seperti penggunaan perkataan ‘kat’
( dekat ), ‘nak’ ( hendak ), ‘ok’, dan ‘korang’ (kamu ).
Pensyarah mengajar kami menggunakan perkataan yang betul agar kami dapat
menggunakan bahasa yang betul apabila menjadi guru kelak. Malah, beliau juga
akan menegur pelajar jika pelajar sering menyelitkan ‘dialek’ semasa melakukan
pengajaran. Beliau amat melarang pelajarnya menggunakan dialek semasa mengajar
sama ada di dalam kelas atau apabila menjadi guru kelak. Hal ini akan menjadi
kebiasaan jika kita tidak menegurnya daripada awal.
Selain itu, seorang guru perlu mengelakkan dirinya daripada
menggunakan dialek semasa mengajar, seboleh-bolehnya beliau juga perlu bijak
membezakan penggunaan bahasa berdasarkan konteks juga. Berdasarkan konteks yang
umum pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Sebaik-baiknya seorang guru apabila berhadapan dengan anak muridnya perlu
mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa yang tidak formal.
Teguran
adalah salah satu cara yang sepatutnya dilakukan oleh masyarakat pada
masa kini bagi mengatasi masalah penyalahgunaan bahasa semasa berkomunikasi.
Dengan teguran yang betul, seseorang akan dapat menyedari kesilapan yang telah
dilakukannya. Namun, orang yang menegurnya perlu bijak menggunakan perkataan semasa
menegur agar tidak berlaku salah faham atau kadang kala boleh mencetuskan
pergaduhan terutama sekali yang melibatkan dialek negeri mereka. Perkara ini
sangat sensitif jika salah cara menegurnya.
Contoh situasi yang digambarkan.
No comments:
Post a Comment