Sosiolinguistik bahasa
Sepanjang 10 minggu saya belajar subjek sosiolinguistik, banyak ilmu yang bermanfaat saya perolehi dan banyak juga pengetahuan-pengetahuan baru yang saya dapat antaranya berkaitan dengan bahasa dan juga ilmu berkaitan dengan sahsiah sebagai seorang pelajar. Penggunaan bahasa ini dapat dikaitkan dengan budaya sesorang dan juga faktor sosial. Kenapa saya berkata demikian?. Hal ini kerana melalui faktor budayalah wujudnya bahasa dan melalui faktor sosial jugalah yang mewujudkan bahasa-bahasa baru antaranya bahasa pasar dan bahasa santun. Mungkin pada pandangan kita faktor sosial tidak mempengaruhi dalam penggunaan bahasa namun, pemikiran sebegitu sebenarnya salah kerana melalui faktor sosial kita boleh mempelbagaikan penggunaan laras bahasa dan juga kesantunan dalam berbahasa.
Oleh sebab itu, penggunaan bahasa yang tepat sangat dititikberatkan ketika majlis-majlis formal berlangsung, tetapi budaya menggunakan bahasa yang sopan, betul dari segi penggunaan kosa kata, dan juga tepat dalam penggunaan laras bahasa juga perlu dilatih walalupun bukan dalam keadaan formal. Hal ini kerana, melalui latihan seperti ini akan meningkatkan pengetahuan bahasa dan juga kemampuan berbahasa seseorang indivu seterusnya dapat memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Saya akhiri entri ini dengan memberi peluang kepada anda semua untuk melihat hasil lakonan kumpulan saya yang berkaitan dengan kesantunan tidak berbahasa. Video ini dirakam khas untuk tugasan sosiolinguistik dan hasilnya telah dipersembahkan kepada pensyarah dan juga rakan sekuliah yang lain. Diharapkan dengan tayangan video tersebut, kita dapat menilai tentang penggunaan bahasa santun dan tidak santun dalam kehidupan seharian kita. Semoga kita semua dapat memperbaiki kesalahan dalam penggunaan bahasa agar ianya lebih tepat dan lebih santun. Generasi terdahulu ialah pendaulat bahasa, generasi sekarang pula ialah pengukuh bahasa!. Sama-samalah kita renungkannya.
Selamat menonton video daripada kumpulan kami
Kesantunan Tidak Berbahasa.
No comments:
Post a Comment