Sunday, 6 May 2012

Entri ke- 41


Bahasa Wanita


Menurut Trudgill (1984), penggunaan bahasa ada kaitan dengan identiti seseorang. Waanita menggunakan jenis bahasa yang khusus bagi mengidentifikasikan dir seseorang itu sebagai wanita dan berkelakuan sebagai wanita. Apabila menyentuh tentang perempuan, ada kalangan yang menyatakan bahawa golongan ini hanya tahu mengumpat dan berbicara mengenaik hal-hal yang berkaitan dengan pakaian dan alat solek semata-mata. Bermula dengan topik sosial sehinggalah ke topik yang berkaitan dengan politk, kesemuanya tidak dapat melarikan diri dari ruang lingkup perempuan. Di sebalik pandangan khalayak terhadap nilai perempuan itu sendiri, tanpa disedari perempuan juga menjadi bahan kajian, antaranya ialah bahasa perempuan.

Cara perempuan berbahasa dan menggunakan bahasa adalah bergantung kepada situasi atau konteks perbualan. Bahasa wanita dicirikan oleh bahasa hormat yang berlebihan, membesar-besarkan, berlapik-lapik dan rentetan yang tidak logikal. Perempuan juga dilihat lebih banyak menggunakan lebih banyak perkataan seperti kata penguat, kata emosi, dan soalan termasuk soalan di hujung pertanyaan seperti tak?, bukan?, kan?. Wanita cenderung menggunakan bahasa berlapik-lapik untuk menunjukkan rasa simpati dan kemesraan ketika bercakap. Wanita juga banyak menggunakan kata penambahan untuk menunjukkan penegasan seperti ya..kah?, ya...kan?, betul...tak?, kan...kan...,saya rasa..., dan lain-lain lagi.

Kebanyakan wanita memilih untuk berbahasa lebih halus dan sopan merupakan gejala sejagat dan terdapat dalam hampir semua bahasa di dunia. Tetapi sayangnya pabila wanita berbahasa sopan, akan timbul satu kenyataan bahawa wanita ini adalah lemah tetapi jika wanita menggunakan bahasa yang tegas pula akan dianggap sebagai tidak sopan ataupun kasar.

No comments:

Post a Comment