Kesantunan, kebolehan
berbahasa
Saya ingin berkongsi satu artikel yang berkaitan dengan tajuk di atas. Artikel ini saya sangat menarik dan mempunyai perkaitan dengan sosiolinguistik bahasa.
Orang Melayu sangat memandang tinggi budaya masyarakat yang bersopan santun sehingga
nama panggilan terhadap seseorang dapat menentukan sikap, kelas sosial, pendidikan
dan hubungan antara pemanggil dan individu yang dipanggil, sekali gus
memperlihatkan keperibadian mereka.
Bagaimanapun, arus kemodenan yang mengasak masyarakat Melayu semakin menyingkirkan kepekaan sebahagian anggota masyarakat terhadap perkara ini sehingga sistem panggilan dan gelaran tidak lagi membawa ciri istimewa yang pernah diguna pakai bangsa terbabit.
Sikap
ambil mudah dengan sistem panggilan rasmi terutama golongan berpangkat dan
berusia, ada kalanya menjejaskan kredibiliti pemanggil sehingga yang terpancar
ialah sikap tidak prihatin individu berkenaan terhadap penggunaan bahasa
panggilan yang tepat.
Pernah
terjadi budayawan Melayu, Azah Aziz, dirujuk sebagai Kak Azah oleh pemanggil
yang berpangkat anak jika usia dijadikan sebagai landasan ukuran pada satu
acara rasmi disebabkan kesantunan dan kebolehan berbahasa yang terbatas.
Azah yang sering merujuk dirinya dan dipanggil Kak Azah, lalu memberi laluan kepada pemanggil dengan menyatakan dirinya sepatutnya dirujuk sebagai Ibu Azah atau Bonda Azah dan faham kesilapan itu kerang semakin bangsa apalagi generasi kurang kesantunan dan kebolehan berbahasa.
Pensyarah Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norizah Ardi, berkata individu atau kelompok yang gagal memanggil orang lain mengikut gelaran sedia ada berkemungkinan kurang ilmu dan tiada pendidikan menyeluruh berkenaan perkara itu.
“Kegagalan berbahasa mengikut kesesuaian tempat dan masa yang banyak berlaku di kalangan generasi muda ekoran kesukaran membezakan antara urusan rasmi dengan tidak, akibat kurangnya pendedahan berkenaan ilmu sosial dalam pergaulan.
“Mereka patut dididik dengan ilmu dalam pergaulan termasuk cara berbahasa, selain diberi penekanan agar menyelidik latar belakang orang yang ingin dihubungi bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan akibat kejahilan terhadap status atau gelaran orang terbabit.
“Masyarakat juga perlu sedar dan prihatin dengan sistem dalam kelompok atau kaum tertentu, sebelum mendekati serta berinteraksi dengan mereka, khususnya dalam negara majmuk yang mempunyai pelbagai bahasa mahupun budaya,” katanya kepada Sastera ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.
Pada masa sama, Dr Norizah menegaskan, individu yang bergelar, berpangkat dan berjawatan tertentu juga perlu menyesuaikan diri serta tahu menggunakan gelaran mereka di tempat yang sesuai agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment