Monday, 16 April 2012


Entri ke- 26

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap bahasa kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut:
  • ·          Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan

  • ·        Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme

  • ·         Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan negara

  • ·         Menjadi indentiti bagi sesebuah negara Memiliki sejarah kegemilangan

  • ·        Menjadi bahasa peribumi
  • ·         Menjadi bahasa lingua franca

  • ·         Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut

  • ·         Bahasa yang berkemampuan


Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat yang memegang status warganegara Malaysia perlu berbangga mempunyai bahasa Kebangsaan sendiri. Kita juga mestilah menjaga bahasa Kebangsaan ini dengan baik agar tidak ditelan oleh arus kemodenan disebabkan terlalu menjaga status social dan lebih mementingkan bahasa lain.

No comments:

Post a Comment