Entri ke - 28
Rasmi dan Resmi??
Memandangkan saya sebagai kakak senior yang
mengambil major BM, sejujurnya saya sebenarnya menjadi perpustakaan bergerak
kepada adik-adik dan rakan-rakan yang kurang memahami maksud sesuatu perkataan.
Misalnya,beberapa hari yang lepas saya telah diajukan satu soalan yang
agak sukar untuk dijawab dalam masa yang singkat.
Kak, bagaimana kita nak bezakan antara rasmi
dengan resmi?
Perkataan rasmi dan resmi ialah dua perkataan yang sering menimbulkan kesilapan pemilihan. Kedua-dua perkataan ini kerap digunakan dalam konteks yang tidak tepat lantaran kedua-duan hampir sebunyi, tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Perkataan rasmi digunakan dalam rangkai kata tertentu seperti surat rasmi, lagu rasmi, bendera rasmi, bahasa rasmi, tugas rasmi, pakaian rasmi, upacara rasmi dan kediaman rasmi. Rasmi dalam rangkai kata tersebut bermaksud disahkan atau ditentukan oleh yang berwibawa, iaitu kerajaan.
Contohnya:
Resmi pula digunakan dalam konteks yang
berlainan, seperti dalam peribahasa:
“Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk”
“jangan ikut resmi lalang, makin berisi makin
tegak”
“Resmi Mak Piah tidak ubah seperti ayam
betina, bertelur sebiji riuh sekampung”
Perkataan resmi dalam peribahasa yang ini
membawa maksud sifat atau resam. Oleh sebab itu kita sebagai pelajar bahasa
Melayu perlu mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkataan agar tidak
tersalah menggunakannya terutama dalam peperiksaan kerana perkara ini boleh
memberi kesan kepada keputusan peperiksaan yang akan kita perolehi.
No comments:
Post a Comment