Sistem panggilan
Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu, panggilan untuk
ibu bapa dahulu kebanyakannya memanggil emak dan ayah atau emak dan abah tetapi
sekarang panggilan tersebut sudah bervariasi. Situasi ini umpama ingin mencipta
satu kelainan daripada keluarga yang lain.
Seiring dengan peredaran masa, nama emak ini saya rasakan
semakin jarang digunakan. Jika orang Kelantan, panggilan untuk emak sangat berbeza
dengan negeri-negeri lain kerana biasanya panggilan untuk emak ialah “Mek”.
Manakala panggilan “‘Mak” atau bunyi dalam dialek Kelantan “Mok” adalah
panggilan untuk nenek.
Ini antara panggilan-panggilan yang biasa digunakan sekarang
untuk panggilan kepada ibu bapa:
Mama dan Papa
Ibu dan Ayah
Mama dan Baba
Mummy dan Daddy
Emak dan Ayah/ Abah
Ummi dan Abi
Bonda dan Ayahanda
Kebiasaanya, panggilan untuk ibu bapa ini dipengaruhi oleh faktor
seperti taraf ekonomi, taraf pendidikan, kawasan kediaman sama ada desa atau
bandar, keturunan, bangsa dan sebagainya. Menurut seorang ustaz, panggilan
terbaik untuk bapa ialah Abi manakala untuk emak ialah Ummi kerana panggilan
inilah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW. Panggilan Mummy tidak sesuai
digunakan kerana membawa pengertian hantu kubur.
Sehubungan itu, gunalah panggilan yang sesuai megikut agama,
bangsa dan adat kita. Kadang kala sesuatu panggilan dapat mempengaruhi keeratan
perhubungan kita dalam keluarga.
No comments:
Post a Comment