Entri ke -27
Bahasa Rahsia
Bahasa Rahsia adalah sejenis bahasa yang dicipta untuk tujuan perisikan, pengedaran dadah, narkotik dan sebagainya. Di negara kita pihak polis dan tentera ada menggunakan bahasa rahsia dalam menjalan tugas seharian mereka.
Bahasa Rahsia yang paling saya ingat semasa
kecil dahulu dan masih digunakan sehingga sekarang ialah jelingan mata.
Jelingan mata yang dilemparkan bukannya jelingan menggoda tetapi jelingan yang
membawa satu pengertian khusus iaitu ‘marah’. Kalau mak sudah memberikan jelingan yang tajam
maknanya saya telah melakukan kesalahan. Keduanya ialah ‘sepit ketam’. Sepit
ketam ini tidak dapat diduga kedatangannya. Maknanya jika mak memberikan ‘sepit
ketam’, saya telah melakukan kesalahan dan perlu menerima upahnya.
Walaupun saya bukan anggota perisik atau polis
tetapi sewaktu di alam persekolahan dahulu saya dan rakan-rakan selalu
menggunakan bahasa rahsia. Bahasa yang saya dan rakan-rakan tuturkan tidak
difahami oleh orang di sekeliling dan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang
mengetahui maknanya. Inilah yang dikatakan bahasa rahsia yang kami reka sendiri
untuk mengungkapkan sesuatu yang dianggap peribadi dan tidak mahu diketahui
oleh orang lain. Ini antara bahasa rahsia yang kami selalu gunakan semasa kami
berkomunikasi antara satu sama lain.(sumber: Apabila Kita Berbahasa. Blogspot)
Dufulifu sefelafalufu cafakapfak bafahafasafa
camfamnifi
Apa yang anda faham dengan ayat ini?
Maksud ayat yang kami anggap bahasa rahsia ini ialah:
Akulah gadis itu. Selagi aku hidup, aku akan
belajar dan terus belajar.
No comments:
Post a Comment