Sopankah anda ketika bersembang atau memanggil rakan?
Saya terpanggil untuk
berkongsi sesuatu yang saya rasa tidak wajar kita sebagai seorang bakal guru
melakukan hal yang sedemikian. Apa yang ingin saya kongsikan adalah budaya
menjerit-jerit memanggil rakan. Jeritannya itu boleh didengari di seluruh blok.
Dia berada di tingkat atas manakala rakannya tersebut berasa satu aras dengan
saya. Jeritannya yang sangat kuat menyebabkan orang lain mungkin terkejut dan
menyebabkan mengganggu orang lain yang mungkin sedang tidur atau membuat
tugasan. Jeritannya itu sering berbunyi seperti ini:
“Intan….!!!! Intan…!!!
Oiii Ko dengar ke tak aku panggil ni”
“Woi… Aku dengar, kenapa”
“Bla…Bla…Bla…”
Mereka bersembang-sembang walhal pada ketika itu seorang berada di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah. Suara mereka
sungguh bising dan kadang kala menimbulkan kemarahan orang lain. Pada pendapat
saya, sekiranya kita ingin bersembang atau bertanyakan sesuatu pergilah ke
bilik atau ke rumah bukannya menjerit seperti terkena histeria. Ia merupakan
suatu perbuatan yang tidak sopan sebagai seorang perempuan untuk menjerit-jerit
sebegitu rupa. Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak sopan tetapi menunjukkan
bahawa kita tidak tahu menghormati orang lain dan tidak beradab.
Sudahlah bercakap dengan kuat,
bahasa yang digunakan juga kadang kala sangat kasar tidak menunjukkan sifat
keperempuanan dan kurang sopan. Bagi pendapat saya juga, budaya ini sebenarnya
terdapat di mana-mana sahaja dan bukan sahaja berlaku di sini iaitu Kolej Harun
Aminurrashid. Di sini saya bukanlah ingin memburukkan sesiapa namun perbuatan
yang dilakukan tersebut sangat melampau dan mengganggu orang lain. Oleh itu,
sebagai seorang guru kita haruslah mempunyai sikap-sikap yang baik
dan sopan kerana kita akan menjadi model terbaik untuk pelajar kita kelak.
No comments:
Post a Comment