Entri ke-24
Pelat atau telor?
Contoh situasi:
1)Jika mereka ingin menyebut perkataan 'saya', perkataan tersebut akan berbunyi 'shaya'
2)Jika mereka ingin menyebut 'rumah', perkataan tersebut akan berbunyi 'ghumah'
telor dalam berbahasa
Video ini menunjukkan cara sebutan yang pelat kerana bahasa yang digunakan seharian berbeza dengan bahasa Melayu.
Kita perlu menyelidiki punca sebenar mereka menjadi pelat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pelat membawa maksud kurang betul ketika mengucapkan kata-kata. Masalah pelat ini mungkin berpunca daripada masalah alat artikulasi kita. Adakalanya, ia mungkin berpunca daripada masalah kefahaman dan kebiasaan kita terhadap sesuatu bahasa. Misalnya, orang cina atau india yang pelat berbahasa Melayu kerana lidah mereka sudah terbiasa bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan kurang menggunakan bahasa Melayu. Namun, dalam situasi di atas, masalah pelat yang dialaminya sebenarnya berpunca daripada alat artikulasinya lalu menyebabkan dia gagal menyebut abjad 's' dengan betul.
Oleh sebab itu jika mereka masih mampu untuk mengubah cara menyebut huruf 's' atau huruf 'r', kita sebagai rakan yang terdekat perlu cuba membantunya. Tidak semua yang berlidah pendek gagal untuk menyebut huruf-huruf tersebut dengan baik.
No comments:
Post a Comment