Monday 23 April 2012

Entri ke- 31

Kesantunan dalam berbahasa

Apa pandangan anda tentang sesuatu kata ganti nama diri ?. Apakah kata ganti nama pada pandangan anda apabila digunakan lebih mesra?. Adakah saya, awak, kamu, aku, kau, cikgu, cik, encik, pak cik atau apa-apa saja?. Kata ganti nama diri yang kita gunakan untuk mengantikan nama seseorang sebenarnya mempengaruhi tanggapan orang terhadap diri kita. Orang yang kita tidak kenali tentunya kita memanggilnya dengan panggilan awak/ encik/ saudari dan sebagainya iaitu sesuai dengan situasi dan status seseorang.

Contoh situasi:

Pensyarah: Tuagasan yang telah saya berikan perlu dihantar sebelum cuti semester.
Pelajar: Awak, bolehkah kalau saya ingin menghantarnya selepas cuti semester?

Situasi di atas menunjukkan contoh tidak santun dalam berbahasa kerana kata sapaan ‘awak’ tidak sesuai digunakan untuk seorang pensyarah. Hal ini demikian kerana, pensyarah mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada seorang pelajar dan mempunyai pengaruh tertentu terhadap kita. Oleh sebab itu kata sapaan yang sesuai untuk digunakan ialah tuan, puan, atau encik dan bukannya awak atau kamu.

No comments:

Post a Comment