Bahasa dan Lagu
Penggunaan bahasa dalam lirik lagu kadang-kadang mencelarukan, tetapi masih ada lirik lagu yang menggunakan bahasa yang bagus. Sebagai contoh dalam Lagu ciptaan M. Nasir iaitu Suatu Masa. Penggunaan bahasa yang betul akan menyebabkan bahasa tersebut berubah menjadi bahasa yang puitis setelah dilagukan.
Namun, masih terdapat lirik lagu yang menggunakan bahasa yang boleh merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa rojak sering digunakan kerana pada pandangan mereka, melalui penggunaan bahasa tersebut akan mengindahkan lagi susunan kata bagi lirik-lirik lagu tersebut. Jika diamati, keadaan tersebut sudah tentu tidak betul sama sekali kerana ianya hanya merosakkan bahasa dan menyebabkan timbulnya rasa kurang senang ketika mendengarnya. Oleh sebab itu, jika keadaan ini terus berlaku, tidak mustahil bahasa tersebut akan terus dipandang sepi dan tidak akan berlaku sebarang peningkatan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.Antara contoh lagu yang menggunakan lirik yang merosakkan bahasa ialah Kantoi nyanyian oleh Zee Avi.
No comments:
Post a Comment