Monday 2 April 2012

Entri ke-22 (Tugasan Khas)



Bidalan:
-Menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud kata-kata yang sering kali disebut, dan yang mengandungi nasihat serta peringatan.  Rubiah Aksah ( 2005 : 222 ) mendefinisikan bidalan sebagai sebahagian daripada peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat, peringatan dan sebagainya kepada masyarakat di samping mempunyai ilmu, nilai dan pengajaran yang sangat berguna

Contoh:
  • Ada gula ada semut  = orang akan tertumpu di tempat yang mudah mendapat rezeki.
  • Ada sampan hendak berenang = sengaja menyusahkan diri
Pepatah:
-Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. 
-Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
Ianya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh:
  • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
  • Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Perumpamaan:
-Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
-Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Contoh:
  • Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata = pasangan yang sama padan dan sama cantik.
  • Seperti api dalam sekam = dendam atau perbuatan jahat yang tersembunyi
Kata Pujangga

-Kata-kata Pujangga ialah Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Kata-kata Pujangga juga dikenali sebagai Lidah pendeta. Kata-kata Pujangga mengandungi  ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan.
-Maknanya mudah difahami, tetapi jika direnung maknanaya kita akan melihat maknanya dengan lebih luas lagi. Menurut Za’ba (1965) lidah pendeta tidak terkenal dan terpakai oleh orang ramai. Lazimnya lidah pendeta dipetik daripada buku dan sastera atau daripada percakapan orang yang bijak pandai. 

Contoh:
  • Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka
Seloka
-Sejenis puisi Melayu tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsur ejekan, sindiran dan jenaka dan digunakan untuk menyindir sambil mengajar.(Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005:376-377)
Perkataan seloka dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'shloka'

Contoh:
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga,
Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga.


1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa in Everett - JTM Hub
    Make your stay 제주도 출장안마 at Borgata a memorable experience when you book your room or hotel at 공주 출장안마 the 부천 출장샵 hotel directly 청주 출장샵 on your laptop or laptop. 경산 출장안마

    ReplyDelete