Wednesday 14 March 2012

Entri Ke-12


Saing = Bersama
Saing = Rakan


Perbezaan dialek adalah disebabkan berlakunya perbezaan muka bumi seperti bukit-bukau, gunung-ganang, laut, dan juga banjaran. Jika kita lihat perkataan saing di atas membawa kepada dua makna yang berbeza walaupun ejaannya adalah sama.

Perbezaan ini disebabkan sosiobudaya iaitu perbezaan tempat. Di negeri Kelantan, perkataan saing merujuk kepada kawan atau rakan tetapi di negeri Johor pula perkataan saing itu membawa pengertian bersama-sama.


Contoh dialog:


Gadis Kelantan   : Saya hendak pergi ke perpustakaan bersama saing saya.
Gadis Johor         : Awak hendak saing dengan siapa?
Gadis Kelantan   : Saing saya namanya Aminah.
Gadis Johor         :Maksud saya awak hendak pergi dengan siapa?saing dalam dialek
                                Johor  membawa maksud bersama.
Gadis Kelantan   : Baru saya faham. Maksud saing dalam dialek kelantan pula membawa  
                                 maksud rakan. 


Satu perkataan membawa maksud yang berbeza disebabkan oleh perbezaan dialek dan faktor sosial. Perbezaan ini juga telah mewujudkan suasana bahasa yang pebgai dan unik bagi rakyat Malaysia. Namun, penggunaan dialek tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi dan melibatkan hubungan dengan pihak yang berkepentingan, tetapi dialek perlu dijaga dan diwarisi agar tidak pupus ditelan arus kemodenan. Oleh sebab itu penggunaan dialek harus dikekalkan jika kita berkomunikasi dalam kelompok masyarakat yang menggunakan dialek yang sama kerana ianya lebih mudah dan dapat merapatkan jurang antara golongan masyarakat.





No comments:

Post a Comment