Tuesday, 13 March 2012

Entri Kesepuluh


Bahasa Kanak-kanak


Bahasa kanak-kanak melibatkan fungsi keseorangan. Saya cukup tertarik untuk membincangkan bersama rakan-rakan berkaitan bahasa kanak-kanak.Bahasa kanak-kanak ini hanya difahami dalam kalangan mereka sahaja kerana mereka mempunyai dunia sendiri dan mempunyai bahasa yang khusus yang dapat menterjemahkan keinginan mereka, namun jika kita memerhatikan segala bahasa yang diucapkan oleh kanak-kanak dan membuat sedikit penilaian, kita juga akan dapat memahami bahasa mereka.

Sejak lahir lagi mereka telah dibekalkan dengan keupayaan untuk berbahasa.Pekembangan bahasa mereka akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut.Oleh sebab itu, kita sebagai orang yang telah matang dalam aspek berbahasa hendaklah memberi contoh yang sesuai jika berkomunikasi dengan kanak-kanak dan elakkan daripada menggunakan bahasa yang mengikut telor mereka. Keadaan ini akan menjejaskan kelancaran berbahasa dengan betul dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagai contoh situasi yang pernah saya alami suatu ketika dahulu:

Ibu: Aiman nak apa?
Anak: cucu..
Ibu: Oo..Aiman nk cucu..nak tidur ye?

Kita dapat melihat bahasa yang digunakan dalam dialog diatas tidak menepati ciri-ciri bahasa Melayu. Sebaiknya ibu kanak-kanak terbabit perlulah menukarkan perkataan "cucu" itu sebgai "susu" dalam sebutan yang betul agar mengelakkan kekeliruan serta meningkatkan daya upaya kanak-kanak dalam menggunakan bahasa yang betul.



Sungguh seronok mereka berkomunikasi dalam video di atas. Adakah anda faham perkara yang mereka sedang bualkan?sudah tentu anda tidak dapat memahaminya. Hal ini kerana hanya mereka yang dapat memahami bahasa yang mereka tuturkan dengan baik. 


Kanak-kanak akan mudah untuk mengikuti segala perlakuan dan percakapan orang yang dekat dengan mereka. Oleh sebab itu kita perlu menggunakan bahasa yang betul ketika berkomunikasi dengan kanak-kanak agar bahasa yang mereka gunakan adalah betul walaupun mereka susah untuk menyebutnya, kerana mereka akan cuba mengikuti segala bahasa yang diucapkan oleh orang dewasa. Mulai sekarang kita perlulah menggunakan bahasa yang betul. 

Bahasa itu jiwa bangsa!






No comments:

Post a Comment