Wednesday, 14 March 2012

Entri ke-13


Mari kita belajar dialek Johor.


Selepas pulang dari kampus saya mula mencari idea untuk menulis entri untuk blog sosiolinguistik. Tiba-tiba hati saya cukup tertarik dengan dialek Johor yang saya jumpa dalam sebuah cerpen yang dibaca. Dialek Johor bagi saya sangat unik dan berbeza dengan dialek-dialek negeri lain serta tidak pernah didengar walaupun mempunyai rakan dari negeri Johor dan saya juga sering berulang-alik ke negeri Johor untuk melawat keluarga.  Mungkin dialek ini hanya digunakan dalam kelompok masyarakat tertentu sahaja.

1) Lecer = Tilam

 "Lecer sangat empuk, mesti saya tidur dengan lena malam ini"

2) Beduk = Belasah

“Aku beduk kamu sampai pengsan!

3) Kememey = Kuat menangis

“kamu ini macam budak kecil, tiap-tiap hari kememey ”

4) Lepak = Letih

" Hari ini aku rasa sangat lepak sebab banyak sangat kerja yang perlu disiapkan"



No comments:

Post a Comment