~Bahasa yang tidak standard digunakan dalam bidang pengacaraan~
Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi.
Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.
>contoh penggunaan bahasa Melayu tinggi dalam bidang pengacaraan<
Penggunaan bahasa Melayu baku merupakan salah satu aspek yang perlu ditekankan dalam bidang pengacaraan kerana melalui bidang ini ianya dapat membantu masyarakat di luar sana untuk turut serta menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang boleh merosakkan jati diri bangsa Melayu itu sendiri.
Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, dan tahu masa yang sesuai untuk menggunakan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema. Kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya masalah seperti initidak timbul.
No comments:
Post a Comment