Hubungan dengan bahasa.
Saya cukup tertarik untuk menulis tentang antara hubungan manusia dengan penggunaan ayat atau bahasa. Kenapa saya berkata demikian?. Mungkin anda juga pernah malalui rentetan peristiwa seperti saya dan rakan melaluinya semasa bersembang di dalam bilik kuliah pada pagi tadi.
Petikan perbualan:
Mimi: Sempat atau tidak kita balik ke kolej selepas habis kelas media?atau terus ke
kampus?
Saya: Harap-harap sempat sebab malas la solat...emmm...
Mimi: Itulah...malas nak solat..terpaksa berebut dengan pelajar lain.
Saya: Sebentar, maksud aku malas hendak solat di kampus sebab ramai orang, kalau
boleh hendak solat di kolej lebih selesa. Maksud kau?
Mimi: Ya, sama dengan maksud aku. Bukannya malas hendak solat, tapi malas hendak
berebut dengan orang untuk solat di kampus nanti.
(Kami gelak bersama-sama mengenangkan percakapan kami yang dapat difahami
antara satu sama lain walaupun masing-masing menggunakan ayat yang tergantung.)
Saya dan Mimi..>,<
Perkara seperti di atas mungkin belaku disebabkan hubungan yang telah terjalin dan mewujudkan hubungan sosial yang serasi antara kami berdua. Namun jika kami menggunakan ayat yang tergantung semasa berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali, kemungkinan besar mereka akan mudah membuat tanggapan negatif atau salah faham berdasarkan ayat yang kami gunakan.
Contoh lain yang dapat kita lihat:
Abu: mana?
Ahmad : kampus.
Dalam dialog di atas penggunaan ayat yang ringkas namun mewujudkan makna kepada si pengguna. Walaupun ianya ringkas, si pemakai bahasa tersebut dapat memahami ayat yang ditanya iaitu si penanya melontarkan soalan dan dijawab oleh orang yang ditanya dengan betul tanpa berlaku sebarang kekeliruan. Oleh sebab itu hubungan sosial dengan pemakaian bahasa sangat berkaitan kerana melalui hubungan juga akan wujud bahasa yang disebut sebagai bahasa slanga dan juga dialek. Selain itu, faktor hubungan juga menjadikan sesebuah bahasa menjadi lebih mudah dan senang untuk difahami. Tetapi pada pandangan saya lebih bagus jika kita menggunakan bahasa yang betul ketika berkomunikasi tambahan pula kita akan bergelar seorang guru bahasa Melayu suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment