Wednesday, 14 March 2012

Entri Kesebelas
Bahasa santun


Pak cik dan mak cik?apa yang anda faham selepas anda membaca kata nama tersebut?. Jika soalan itu ditujukan kepada saya, kata nama tersebut membawa maksud orang yang lebih tua daripada saya dan layak dihormati serta layak untuk menerima kata panggilan seperti pak cik dan mak cik walaupun tidak digandingkan bersama dengan nama mereka. Namun, hati saya cukup tersentuh jika terdapat segelintir masyarakat kita yang menggunakan kata sapaan "orang tua" untuk merujuk kepada golongan ini. Bagi saya gelaran "orang tua" sangat kasar jika dibandingkan dengan menggunakan gelaran seperti "pak cik"  dan "mak cik" kerana ianya lebih menunjukkan kesantunan dalam berbahasa. Selain itu pada pandangan saya juga ianya lebih menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka yang lebih berusia. Mungkin perbezaan penggunaan ini terjadi disebabkan faktor sosial atau budaya yang mempengaruhi cara bercakap seseorang.

Contoh situasi:

     Ali:   Nasi ini hanya tingal 4 bungkus sahaja lagi.
 Abu:    Orang tua ini hendak dua bungkus.(Sambil tangannya menunjuk ke arah pak cik
             tersebut)
Pak cik: Hanya tersenyum mendengar perbualan dua orang anak muda itu.
Saya:  Terdetik di dalam hati.
             (Orang tua?alangkah eloknya jika panggilan tersebut ditukar kepada pak cik, tentu
              lebih manis. Namun saya hanya mampu tersenyum.)


Apakah pandangan anda terhadap bahasa panggilan tersebut?. Tidakkah ianya nampak kasar dan tidak beradab?. Mungkin sesetengah masyarakat dapat menerimanya akibat faktor perbezaan sosiobudaya, namun bagi saya, seeloknya jika ingin berurusan dengan orang yang lebih tua, kita perlu menggunakan bahasa yang lebih sopan dan tidak menyakitkan hati jika mendengarnya.

Mereka sudah tahu bahawa mereka adalah orang tua, jadi kita sebagai orang muda tidak perlulah mengingatkan mereka dengan memanggil mereka menggunakan gelaran
                                                                     "orang tua"

Tepuk dada tanyalah selera.







No comments:

Post a Comment