Sunday 11 March 2012


Entri Kesembilan

Kesalahan Bahasa Yang Dipandang Sepi.

Masih terdapat kesalahan penggunaan ejaan ataupun kata nama khas dalam portal-portal kerajaan.Saya cukup tertarik untuk membincangkan tentang isu penyalahgunaan bahasa dalam kalangan pekerja sektor kerajaan. Contoh kesalahan yang saya perhatikan dalam portal tersebut ialah "Bahasa Malalaysia". Bahasa tersebut wujudkah di negara kita?atau penjenamaan semula telah dilakukan terhadap bahasa Melayu atau bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan?.Persoalan di sini adakah pekerja-pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan portal rasmi tidak sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan atau memang tidak pernah tahu ejaan sebenar perkataan tersebut?

Jika mereka tidak tahu tentang ejaan sebenar, adakah pekerja-pekerja lain tidak cuba untuk membaiki kesalahan ejaan tersebut yang pada pandangan saya boleh mencacatkan perlihatan dan menyebabkan peratusan kebolehpercayaan terhadap institusi ini berkurangan kerana sikap pekerja yang tidak perihatin terhadap perkara yang terlalu kecil namun boleh menyumbangkan kesan yang besar terhadap institusi tersebut.

Mungkin jangkaan awal boleh dibuat iaitu pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini portal ini berbangsa Cina atau India yang kurang fasih dalam menggunakan ejaan bahasa Melayu, namun timbul pula persoalan, adakah semua pekerja berbangsa Cina dan India?tidak ada yang berbangsa Melayu?. Di sinilah dapat kita lihat betapa rendahnya bahasa kita diperlekehkan seterusnya menyebabkan bahasa kita terus dipandang sepi.


"BAHASA ADALAH JIWA BANGSA
LENYAP BAHASA LENYAPLAH BANGSA."






No comments:

Post a Comment