Entri Keenam
Bahasa Slanga
Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi.
Pada hari ni penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
Melalui ruangan 'chatting' dalam internet pula pelbagai bentuk slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (daripada apa khabar), askum (assalamualaikum), saya menjadi sayer, mana menjadi maner dan banyak lagi.
Penggunaan bahasa slanga jika tidak dipantau dibimbangi akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu hari ini, lebih-lebih lagi dengan kedudukan bahasa kita yang seolah-olah makin tiada tempat lagi di negara sendiri.
Contoh penggunaan bahasa slanga dan percampuran koda bahasa.
Bahasa slanga yang digunakan tidak dapat difahami oleh masyarakat yang tidak terlibat dalam kelompok mereka yang menggunakan bahasa slanga. sebagai contoh "dy". Adakah perkataan "dy" ini merujuk kepada kata sendi?. Pada pandangan saya, perkataan yang digunakan sangat ringkas dan jauh berbeza dengan ejaan perkataan asal. Jika difami dengan lebih jelas maksud sebenar ayat yang ingin dinyatakan, kita dapat meneka perkataan "dy" yang digunakan iaitu merujuk kepada KGND iaitu "dia"
No comments:
Post a Comment