Entri Kelima
Bahasa Rojak
Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita. Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri, dan bagaimana kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita
Namun, apabila menggunakan bahasa Melayu, kita mungkin mendapati ada penutur bahasa Melayu yang tidak menyedari hakikat ini. Kita mendengar penutur bahasa Melayu menggunakan bahasa yang rendah. Bahasanya bercampur aduk, iaitu bahasa Melayu dengan Inggeris. Percampuran itu dilakukan pada setiap peringkat penguasaan bahasa. Fenomena ini ada kaitan dengan konsep diri penutur bahasa Melayu.
contoh penggunaan bahasa ringkas dalam sistem pesanan ringkas (sms)
Pada pandangan saya selaku rakyat Malaysia yang memiliki bahasa sendiri iatu bahasa Melayu, seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik mungkin demi memartabatkan bahasa sendiri sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia semasa zaman Melaka iaitu bahasa yang terpenting pada masa tersebut yang turut digelar sebagai Lingua Franca. Jika kita sebgai rakyat Malaysia tidak menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin, siapa yang akan memartabatkan bahasa kita?
~Tepuk dada tanyalah selera~
No comments:
Post a Comment